BISMILLAH HIRAHMAN NI RAHIM,
Kita di lahirkan ke atas dunia ini dengan izin Allah SWT. Kita berharap sebagai makluk ciptaan Allah SWT, kita akan berjaya menempuh alam kemanusian ini dari bayi hingga la ke akhir hayat.
Manusia bersama akal dan nafsu, mencorakkan ketahan kehidupan, bermula baligh lagi, manusia di uji dengan segala macam ujian., dari sekecil kecilnya hinggalah seberat mata memandang dan seberat itulah bahu memikul.
Adakah kita mengatakan kita berjaya, separuh berjaya atau gagal, atau gagal sepenuh nya. Tiada jawapan bagi semua ini kecuali naluri kecil kita yang berkata-kata didalam sanubari diri masing-masing sebagai manusia.
Sebagai seorang Islam, kita hanya menumpukan apa kah kehidupan yang diingini oleh seorang islam, di dunia dan di akhirat nanti, namun, bagi bukan seorang islam, mereka juga memikirkan perkara yang sama kecuali tiadanya hidayah didalam kehidupan mereka.
Adakalanya ingin sangat kita menyeru mereka, tapi apakan daya, kita sendiri lemah untuk membimbing diri sendiri berbanding mereka yang mengharung kehidupan seperti tiada lagi kehidupan selepas ini., kita menuju ke surga, mereka menuju ke heavan dan nirwana.
Bagi kehidupan seharian, kita umpama ikan-ikan didalam akurium sambil di perhatikan oleh Allah SWT dan pencatitNya. ada ikan yang berebut-rebut apabila di limpahkan rezeki, dan ada yang menunggu dan lihat, ada juga yang tiada nafsu untuk makan dan menunggu mati. Ikan yang berebut-rebut adakalanya mati, cedera, dan berkasar, menolak, tamak, tidak perduli di sekelilingnya dan perbagai kerenah kita lihat.
- KISAH ILHAM - pengenalan